Showing posts with label Penternakan. Show all posts
Showing posts with label Penternakan. Show all posts

Thursday, 22 November 2012

PENTERNAKAN AYAM BELANDA / TURKEY / PIRU

TEKNIK MENTERNAK DAN MEMELIHARA AYAM BELANDA / PIRU / TURKEY

 

Ayam Belanda ialah haiwan yang tergolong dalam golongan kelas burung. Ayam Belanda ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Belanda tidak bergigi.. Bulunya mempunyai pelbagai warna. Bergantung kepada spesis dan baka  

  

 Reban

  1. Pada musim hujan sekarang, pastikan perumah sentiasa kering, 
  2. lantai “di-spray” dengan larutan Disinfection untuk elak jangkitan bakteria. Bakteria mudah merebak dalam keadaan lembab. 
  3. membina reban yang kalis nyamuk, sama ada menggunakan jaring halus atau kelambu.
  4. Bersihkan perumah setiap hari, gas ammonia dari najis ayam boleh akibatkan penyakit pneumonia.
  5. Pagar Kawasan Reban bagi mengelakkan Anjing liar dan Musang

Pengurusan
1.Umur 1 Hari hingga 2 minggu
  •  anak ayam dipelihara dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol sebagai pemanas.
  • suhu boleh dikawal menggunakan thermostat bagi menjimatkan tenaga elektrik
  •  permulaan (starter crumble) Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu diberikan
  • Air yang secukupnya
  • Jaring anti nyamuk di pasang sekeliling brooder bagi mengelakkan penyakit puru dan lain2 lagi.
 2.Umur 2 minggu Hingga 4 minggu
  • Anak ayam sudah boleh tidak diberikan lampu
  • dedak halus dicampur jagung halus sudah boleh di berikan beransur-ansur
  • boleh di pindahkan dari brooder ke reban didik bagi menjaga kebersihan
  • EM disemburkan di najis bagi mengelakkan pembiakan lalat dan amonia
 3. Umur 2 bulan
  • Anak ayam sudah boleh diturunkan ke atas tanah secara beransur-ansur
  • dedak kasar boleh diberikan
  • pada masa ini lebihan makanan dan rumput napier boleh diberikan kepada Ayam belanda ini supaya isinya kental dan sihat
  • Elakkan memberikan makanan lebih yang berminyak.
  
Pembiakan
  1. boleh dibiakkan dalam dua cara sama ada biar ayam belanda mengeram sendiri atau menggunakan incubator
  1. Di Amerika dan Eropah teknik permanian berhadas seperti lembu di gunapakai bagi mensenyawakan benih jantan kedalam betina untuk mendapatkan baka dan hasil yang optimum
  2. Di malaysia kaedah semulajadi di gunapakai iaitu ayam belnda berkahwin sendiri ini adalah kerana permintaan ayam belanda yang bermusim dan tidaklah menjadi menu harian seperti ayam daging
Makanan
  1. permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu
  2. makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.
  3. Jagung halus juga boleh dicampurkan pada masa ini utuk menjimatkan kos
  4. Bagi Free Range juga adalah lebih baik untuk Ayam Belanda

TIPS UNTUK PENTERNAK
 Anak ayam yang berumur 1 – 15 hari perlu diberi perhatian lebih kerana ianya menentukan masa depan ayam itu. Sebab itulah untuk sesiapa yang baru nak belajar-belajar, beli anak ayam yang berusia 15 hari ke atas untuk mengurangkan risiko kematian dan kerugian.
 
Enhanced by Zemanta

Thursday, 4 October 2012

Ingin Menternak Ikan Tilapia?


 Ebook ini bukan sahaja menceritakan tentang bagaimana memulakan penternakan ikan tilapia. Tetapi ia juga mengandungi pengalaman-pengalaman penternak-penternak yang telah mengalami segala perkara di dalam bidang ternakan ini. Seperti kerugian, kematian ikan, penipuan dan sebagainya yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran kepada penternak-penternak baru. Sanggupkah anda untuk mengalami kerugian sebanyak RM 20000?, RM 10000? atau RM 5000?. Semestinya tidak bukan?. Jadi buku ini akan membantu anda untuk mengelakkan diri daripada mengalami kerugian seperti penternak-penternak terdahulu.

Ebook ini hanya berharga RM30 sahaja. Ianya begitu murah jika hendak dibandingkan dengan risiko-risiko kerugian yang mungkin anda akan hadapi di dalam memulakan projek penternakan ikan tilapia . Dengan erti kata lain, ebook beharga RM 19 ini mampu membantu anda mengelakkan diri daripada terperangkap ke dalam risiko kerugian beribu-ribu ringgit. Jadi, lengkapkanlah ilmu di dada terlebih dahulu dengan mendapatkan ebook ini sebelum anda menceburi bidang penternakan ikan tilapia ini.


As seen on : sangkar tilapia merah part 1

 E-book ini amat sesuai untuk :-
  • Sesiapa yang ingin mencuba penternakan ikan
  • Para-para penternak yang baru menceburi bidang penternakan
  • Sesiapa yang ingin mencari ilmu tentang penternakan ikan tilapia
  • Kakitangan kerajaan atau swasta yang ingin mencari pendapatan tambahan melalui ternakan ikan tilapia
Ebook ini kurang sesuai untuk :-
  • Penternak-penternak yang sudah berjaya di dalam bidang ternakan ikan tilapia
  • Penternak-penternak yang sudah arif tentang selok belok bidang penternakan
  • Sesiapa yang ingin menjadi kaya dengan cepat

 Dapatkan Sekarang ebook "Panduan Asas Penternakan Ikan Tilapia" beserta Ebook Bonus dengan harga RM30 sahaja!

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...